Modul Jati Diri SMAMAIWP

Di samping mengikuti kurikulum dan ko-kurikulum yang ditetapkan, setiap pelajar diwajibkan mengikuti Modul Jati Diri yang diadakan pada peringkat awal pembelajaran di SMAMAIWP (Penggal pertama Tingkatan 1) dengan mengambil masa selama 3 bulan (Januari hingga Mac).

Modul yang sama juga diwajibkan kepada guru-guru dan ia dilaksanakan secara bersiri. Pelaksanaan modul ini adalah sebagai satu proses transisi kepada para pelajar dan juga guru-guru dengan memberi pendedahan dan penekanan dalam membentuk diri menjadi seorang yang cemerlang dan serba boleh melalui pendekatan:

  1. Pembangunan Syakhsiah
  2. Kognitif (Kurikulum)
  3. Afektif (Kejiwaan)
  4. Psikomotor (Jasmani)
FaLang translation system by Faboba