BT Travel - шаблон joomla Создание сайтов
Berita Terkini

SMA-MAIWP SERTAI BENGKEL KID WITNESS NEWS ANJURAN PANASSONIC

17 OGOS 2018- SMA-MAIWP telah menerima undangan sebagai peserta Program Panassonic KWN Training 2018 bertempat di Holiday Villa Hotel Subang, Subang Jaya Selangor.

Program tersebut berlangsung selama 3 hari dengan pengisian yang padat berkenaan kaedah penyediaan skrip dan suntingan video menggunakan peranti dan teknologi terkini. Pelajar yang terlibat mewakili sekolah adalah Muhd Yusuf Zakwan b. Mohd Yuri dan Raha Nabilah bt Badrl Ilham. Kesinambungan daripada program ini, SMA-MAIWP diberi tugasan untuk menyediakan video berdasarkan tema yang ditetapkan pihak penganjur bagi mewakili peringkat Kebangsaan pada hujung September ini.

1.jpg2.jpg3.jpg4.jpg5.jpg6.jpg7.jpg8.jpg9.jpg10.jpg11.jpg