BT Travel - шаблон joomla Создание сайтов
Berita Terkini

SMA MAIWP JOHAN PERTANDINGAN AMALAN TERBAIK DISIPLIN DAN KAUNSELING 2018 PERINGKAT WP

26 SEPTEMBER 2018 -Unit Bimbingan Kaunseling SMA MAIWP selian En. Mohd Azni dan Cik Fatin Athirah telah berjaya mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Amalan Terbaik Disiplin dan Kaunseling 2018 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Unit ini telah membawa Projek "The Syukran Project"  yang telah dirintis semenjak tahun 2017 lagi.  Pertandingan tersebut telah diadakan pada 26 September 2018 bertempat di SEGI College, Kuala Lumpur. Kejayaan ini membuatkan SMA MAIWP akan mewakili Wilayah Persekutuan ke peringkat kebangsaan di Terengganu pada Oktober 2018. Tahniah juga diucapkan  kepada pasukan HEM SMA MAIWP atas kejayaan mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan yang sama melalui Projek Mata Lebah.

3A.jpg4.jpg5.jpgA.jpgB.jpg