SMA MAIWP JUARA PERTANDINGAN ROBOTIK MAKE X PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

27 Oktober 2018 – Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2018 anjuran Telaga Biru dan Makeblock dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Puteri Perdana, Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.


Konsep pertandingan MakeX adalah berasaskan kerjasama dan gabungan dua kumpulan berganding bahu menjadi “Alliance” dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.Sebanyak 32 pasukan dari seluruh negeri berentap bagi menjulang Juara Malaysia MakeX Robotic Competition 2018. Dua kumpulan dari SMA MAIWP yang mewakili Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah mendapat kejayaan yang membanggakan.

Dalam pertandingan tersebut SMA MAIWP telah dinobatkan sebagai johan, manakala naib johan disandang oleh SMK Jalan Arang yang berkongsi tempat dengan SMA Kuala Lumpur dan tempat ketiga disandang oleh SMK Presint 9(1).

Dua pasukan yang berjaya akan mewakili Malaysia di Pertandingan Antarabangsa Robotik MakeX di Shenzen, China .Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Dr. Amin bin Senin, . Beliau berharap agar sekolah yang mewakili Malaysia dapat menjulang nama di peringkat antarabangsa yang akan berlangsung di Shenzen, China pada bulan Disember nanti.

1.jpg2.jpg3.jpg4.jpg5.jpg6.jpg7.jpg8.jpg9.jpg10.jpg

FaLang translation system by Faboba