MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH MPP SMA MAIWP 2019

14 JANUARI 2019 - Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan telah diadakan pada perhimpunan mingguan sekolah awal pagi semalam.Watikah tersebut telah diberikan oleh Pengetua SMA MAIWP, Nor Azam bin Abdullah kepada wakil-wakil Majlis PImpinan Pelajar yang terdiri daripada Badan Kepimpinan Pelajar, Exco Asrama, Badan Dakwah dan Kerohanian, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Perpustakaan, Majlis Ketua Tingkatan dan Ketua Tingkatan 6.

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar yang dipimpin oleh Ketua Umum SMA MAIWP, Wan Muhammad Irfan. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah dilantik. Semoga dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna dan berjaya merealisasikan impian SMA MAIWP.

IMG_1389.JPGIMG_1356.JPGIMG_1357.JPGIMG_1358.JPGIMG_1359.JPGIMG_1360.JPGIMG_1361.JPG

FaLang translation system by Faboba