BT Travel - шаблон joomla Создание сайтов
Peraturan Asrama

Peraturan Asrama

Persediaan Belajar

  1. Semua penghuni aspura/aspuri dikehendaki mengikuti waktu persediaan belajar seperti berikut:
    •  Prep petang : 3.50 – 4.30ptg.      Prep Malam : 8.45 – 10.30 mlm
  2. Sebarang pengecualian hendaklah mendapat kebenaran daripada Penyelia Asrama  atau warden bertugas.
  3. Sewaktu kelas persediaan kegiatan bukan berbentuk akademik tidak  dibenarkan melainkan atas arahan pengurusan sekolah (latihan sukan, dll)
  4. Pelajar tidak dibenarkan tidur, membaca surat khabar, majalah, komik, menulis surat,  berjalan-jalan atau berbual kosong.
  5. Semua penghuni aspura / aspuri hanya dibenarkan mengikuti kelas tambahan (tuisyen) yang disediakan oleh pihak sekolah / pengurusan asrama sahaja.

Solat

  1. Semua penghuni asrama dikehendaki menunaikan solat secara berjemaah di surau asrama.
  2. Solat di dalam kamar (dorm) tidak dibenarkan.

Sukan

  1. Waktu Riadah :  5.00 – 6.00 ptg.

Keluar Masuk Asrama

  1. Pelajar dibenarkan keluar  outing  bersama waris mengikut jadual yang  ditetapkan di dalam jadual outing dan balik bermalam.
  2. Setiap pelajar mestilah menyerahkan kad pelajar / kad keluar masuk di pondok pengawal / warden sewaktu keluar dan mengambilnya semula semasa memasuki kawasan sekolah / asrama.
  3. Kebenaran keluar asrama pada waktu yang lain hanya diberikan untuk  rawatan pesakit, kecemasan atau sebab-sebab lain yang wajar sahaja (bersurat)
  4. Pelajar tidak dibenarkan keluar dari asrama tanpa kebenaran oleh Pengetua / PK HEM / ketua warden atau warden bertugas.

Peraturan Melawat

  1. Masa melawat adalah ditetapkan seperti berikut :
    • Sabtu
      1. 12.30 pg - 6.00 ptg    (Tg 1 & 2,)
      2. 4.30 ptg  - 6.00 ptg    (Tg 3,4 & 5)
      Ahad 9.00 pg -6.00 ptg    (Semua tingkatan)
  2. Semua pelawat hendaklah dilayan ditempat yang disediakan (tempat menunggu). Pelawat dilarang masuk ke dalam kamar dan kawasan-kawasan larangan yang lain.
  3. Masa kecemasan atau hal-hal lain yang mustahak, ibubapa / penjaga boleh melawat dengan kebenaran Pengetua / Penolong Kanan HEM / warden bertugas

 

Majalah Sekolah

majalah2019