BT Travel - шаблон joomla Создание сайтов
Pengenalan

Pengenalan

Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA-MAIWP) telah ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi menampung permintaan masyarakat Islam yang tinggi terhadap sekolah menengah agama.  

Dengan penubuhan sekolah ini, ia membuka peluang kepada para pelajar lulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) menyambung pelajaran di peringkat menengah. Pada 22 Januari 2007, SMA MAIWP mula beroperasi di Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak, Cheras dengan tenaga pengajar seramai 23 orang, 7 orang kakitangan dan 183 orang pelajar terpilih bagi sesi persekolahan 2007. Setelah terbinanya sebuah bangunan baru pada Mei 2008 di Bandar Seri Permaisuri, pengambilan pelajar bertambah serta tenaga pengajar dan kakitangan. Jumlah keseluruhan pelajar terkini tahun 2017 adalah seramai 700 orang pelajar. Antara kemudahan infrastruktur di SMA MAIWP ialah asrama untuk pelajar putera dan puteri (semua pelajar dikehendaki menginap di asrama), surau, dewan makan, bilik-bilik khas termasuk bilik seminar berhawa dingin, auditorium, makmal komputer, dewan besar, perpustakaan dan gelanggang futsal.

Pada tahun 2010, SMA MAIWP telah berdaftar dan diserap ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah program Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Melalui penyatuan ini, SMA MAIWP menggunakan dua kurikulum utama iaitu kurikulum Kebangsaan (KBSM/KSSM) dan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD). Kurikulum Bersepadu Dini melibatkan mata pelajaran Usul al-Din, al-Syariah dan al-Lughah al-'Arabiah al-Mu'asirah yang sepenuhnya pengajaran dan pembelajaran menggunakan Bahasa Arab. Pada tahun 2015, sekolah ini telah mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selain lulus temuduga, kemasukan pelajar ke SMAMAIWP menggunakan dua sijil iaitu UPSR dan UPSRA serta kebolehan membaca al-Quran dan menulis jawi dengan baik.  Syarat layak ke temuduga pengambilan tingkatan 1 SMA MAIWP bagi tahun 2018 adalah 3A (UPSRA & UPSR) bagi kategori asnaf manakala bagi kategori umum minimum 4A UPSR dan minimum 6A UPSRA. UPKK turut diambil kira.