BT Travel - шаблон joomla Создание сайтов
SMAMAIWP adalah SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan)

SMAMAIWP adalah SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan)

Pada 25 Oktober 2010, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menanda tangani perjanjian persefahaman dengan Kementerian Pendidikan Malaysia menjadikan SMA MAIWP sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang melaksanakan kurikulum kebangsaan yang diintegrasikan dengan kurikulum thanawi.

Bermula 2015, sebagai salah sebuah SABK di bawah Bahagian Pendidikan Islam KPM, murid-murid pengambilan Tingkatan 1 telah menjalani Kurikulum Bersepadu Dini (KBD). KBD mengintegrasikan mata pelajaran Usul al-Din, Al-Syariah dan Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah ke dalam Kurikulum Kebangsaan. Bermula 2018, pengambilan pertama Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang pertama akan dijalankan dan hanya dibuka kepada bekas-bekas pelajar SMA MAIWP, buat masa ini. Jumlah keseluruhan pelajar terkini tahun 2017 adalah seramai 700 orang pelajar.