PELAJAR SMA-MAIWP HARUMKAN NAMA NEGARA DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada pasukan debat SMA-MAIWP kerana telah berjaya mengharumkan nama negara melalui acara pertandingan debat peringkat antarabangsa di Doha Qatar, pada April lalu. Lebih membanggakan lagi apabila SMA-MAIWP yang mewakili Malaysia dikategorikan dalam kumpulan pendebat berbangsa Arab.